Pages

Tuesday 15 May 2012

klinik ibu dan anak

Rabu: kilinik buat ibu dan anak.
lebih kurang macam tu lah ayat yang aku nampak masa di klinik tadi
ramai ibu-ibu yang sedang mengandung
tak kurang juga ibu-ibu yang membawa anak kecil mereka
klinik tu tak sunyi kerana…
pasti ada hilai tawa anak kecil
tak cukup dengan itu ditambah pula dengan tangisan bayi-bayi

Aku bukan nak sibuk cerita pasal budak-budak yang melalak ni..
Aku just tertarik kepada sesuatu.
Iaitu, senyuman ibu-ibu yang berada di situ.
Tahu tak kenapa mereka tersenyum gembira?
Kerana ANDA! Kerana anda yang bergelar ANAK!

Sungguh gembira hati ibu-ibu melihat gelagat anak-anak kecil mereka.
Setiap hari mereka menjaga makan minum,
Menjaga mandi pakai,
Takut sekali sekiranaya anak-anaknya jatuh sakit.
Takut sekali anak-anaknya tidak cukup perlu hidupnya.
Jika boleh seorang ibu itu mahukan…
Hidup anak-anak mereka sempurna.

Mahu sekali melihat anak-anak menbesar sihat dan kuat
Mahu sekali melihat anak-anak mencapai cita-cita,
Tapi…
Telatah manja anak-anak ini kekalnya sehingga bila???
12tahun? 15tahun? Atau 17tahun???
Kasih sayang ibu itu tiada putusnya!
Ambil berat ibu tiada hentinya!
Tapi… kenapa anak-anak begitu sukar untuk membalasnya???

Begitu sukarkah untuk menelefon ibu anda walau sekali seminggu?
Walau hanya untuk bertanya kabar..
Pasti si ibu tertunggu-tunggu anaknya setiap hari.

Ibu itu seorang insan yang sangat kuat dan tegar!
Jika dia tidak kuat dan tegar,
Tidak mungkin dia boleh mengandungkan anaknya
Tidak mungkin dia boleh melahirkan anaknya
Tidak mungkin dia akan tegar melayan kerenah setiap anaknya.

Tapi… benar cakap orang-orang kan?
‘Seorang ibu mampu untuk menjaga walau 10 orang anak, tetapi 10 orang anak itu belum mampu untuk menjaga seorang ibu!’

By the way…
Selamat Hari Ibu!
Happy Mothers’ Day!

Hargailah ibu anda selagi masih ada,
Kerana dirinya begitu berharga!