Pages

Tuesday 15 May 2012

klinik ibu dan anak

Rabu: kilinik buat ibu dan anak.
lebih kurang macam tu lah ayat yang aku nampak masa di klinik tadi
ramai ibu-ibu yang sedang mengandung
tak kurang juga ibu-ibu yang membawa anak kecil mereka
klinik tu tak sunyi kerana…
pasti ada hilai tawa anak kecil
tak cukup dengan itu ditambah pula dengan tangisan bayi-bayi

Aku bukan nak sibuk cerita pasal budak-budak yang melalak ni..
Aku just tertarik kepada sesuatu.
Iaitu, senyuman ibu-ibu yang berada di situ.
Tahu tak kenapa mereka tersenyum gembira?
Kerana ANDA! Kerana anda yang bergelar ANAK!

Sungguh gembira hati ibu-ibu melihat gelagat anak-anak kecil mereka.
Setiap hari mereka menjaga makan minum,
Menjaga mandi pakai,
Takut sekali sekiranaya anak-anaknya jatuh sakit.
Takut sekali anak-anaknya tidak cukup perlu hidupnya.
Jika boleh seorang ibu itu mahukan…
Hidup anak-anak mereka sempurna.

Mahu sekali melihat anak-anak menbesar sihat dan kuat
Mahu sekali melihat anak-anak mencapai cita-cita,
Tapi…
Telatah manja anak-anak ini kekalnya sehingga bila???
12tahun? 15tahun? Atau 17tahun???
Kasih sayang ibu itu tiada putusnya!
Ambil berat ibu tiada hentinya!
Tapi… kenapa anak-anak begitu sukar untuk membalasnya???

Begitu sukarkah untuk menelefon ibu anda walau sekali seminggu?
Walau hanya untuk bertanya kabar..
Pasti si ibu tertunggu-tunggu anaknya setiap hari.

Ibu itu seorang insan yang sangat kuat dan tegar!
Jika dia tidak kuat dan tegar,
Tidak mungkin dia boleh mengandungkan anaknya
Tidak mungkin dia boleh melahirkan anaknya
Tidak mungkin dia akan tegar melayan kerenah setiap anaknya.

Tapi… benar cakap orang-orang kan?
‘Seorang ibu mampu untuk menjaga walau 10 orang anak, tetapi 10 orang anak itu belum mampu untuk menjaga seorang ibu!’

By the way…
Selamat Hari Ibu!
Happy Mothers’ Day!

Hargailah ibu anda selagi masih ada,
Kerana dirinya begitu berharga!

Tuesday 17 April 2012

tabik Dr. M

Betul apa yang telah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir sekian lama…
Siap ada penyanyi guna dalam lagu dia lagi ayat ni…
“Melayu Mudah Lupa!”
Kan dah kena!
Ni aku nak cerita pasal PTPTN yang jadi perbualan hangat sekarang nil lah…
Betul-betul kena atas dahi seorang Dato’ ni…
Dato’ seri tetttttt... haha

Kita ni kalau nak keluarkan statement…
Fikir dulu elok-elok…
Jangan bak kata wartawan melodi tu
“kita TERJAH!!”
Silap-silap kita pulak yang malu nanti
Ye tak?!



Bukannya apa..
Kalau pasal benda-benda yang sensetif ni tak boleh buat main
Menyentuh semua pihak woo…
Apa pun nasib baik Tun. Dr. Mahathir tak cakap
Yang Dato’ seri tettt tu dah nyan#$k je kan?
Silap-silap kecoh satu Malaysia nanti
Saman menyaman lah apa lagi kan…

Cuba kita fikir logic eh..
Kalau PTPTN dimansuhkan…
Berapa banyak dana yang dikeluarkan kerajaan untuk pendidikan FREE??
Budak-budak di Universiti ni pun bukan semuanya belajar
Maksud aku belajar betul-betul lah kan…
Ada yang just nak rasa hidup bebas
Ada yang just nak rasa kehidupan university
Ada juga yang just nak happy-happy je masuk university ni…

Kepada yang belajar betul-betul tu tahniah lah
Anda satu langkah kehadapan mencapai cita-cita di dunia
Jangan lupa untuk kejar yang akhirat pulak tau!

Kalau betul korang nak PTPTN tu jadi biasiswa
Yakni tak nak bayar balik kan…
Cuba korang belajar betul-betul
Bila dapat pointer yang cemerlang kan…
Kerajaan kan dah janji pinjaman tu secara automatic
Akan menjadi BIASISWA!

Mereka just suruh buktikan je yang pinjaman yang diberikan
Tak sia-sia diberi, tahu?!
Kalau duit beribu-ribu tu sebagai biasiswa…
Lepas tu korang belajar ala kadar
Aku tak tahu lah berapa juta-juta Negara kita rugi kan?!
Ye tak?!


kan dah kena!



Bila terbaca ‘Harian Metro’
16 April 2012
SENTAP hati aku ni!!
Tak marah pun…
Cuma aku rasa betul-betul kena atas dahi aku ni!

Tak tahu lah korang terasa ke tak
Statement yang dikeluarkan oleh
Prof Madya Md Izzudin Ali
Lebih kurang macam nil ah statement-nya…
‘Konsep TAUBAT KEMUDIAN binasa diri sendiri’
Dalam surat khabar tu memang dia fokuskan kepada siapa kan…
Tapi aku tengok topic ni secara umum…

Kalau dia buat statement tu secara umum
Memang sebahagian besar orang awam kena lah kan?

Memang betul pun apa yang beliau cakap tu
Bagi aku tak ada salah langsung!
Seharusnya statement-statement seperti ini
Kerap dipaparkan di media semasa
Kerana umat-umat zaman sekarang makin teruk!
Makin teruk kelakuan!
Makin teruk akidah!
Makin teruk daripada segala segi!
Apabila adanya statement seperti ini…
inshaAllah…
tersentuhlah hati-hati manusia ini untuk mengingati ALLAH!
Tersentuhlah hati-hati manusia ini untuk mengingati dosa pahala!
Tersentuhlah hati-hati manusia ini untuk mengingati syurga neraka!
Tersentuhlah hati-hati manusia ini untuk kembali BERTAUBAT!

Mungkin ada yang akan cakap yang tindakan ini hanya…
Hanya akan buang masa dan buang duit
Kerana peratus yang ‘terasa’ tu amat sedikit…
Tapi bukan ke pepatah melayu juga ada mengatakan…
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit?

Lain kali jangan hanya pandai bermain kata-kata…
Buktikan sekali!

Mungkin korang rasa statement seperti itu biasa
Tapi bagi aku ia satu statement yang mengajak
Mengajak kita untuk kembali ke jalanNya

Itu juga adalah salah satu cara berdakwah tau
Berdakwah kecil-kecilan macam tu pun…
Allah dah janjikan pahala yang tak terkira tau…


Orang-orang kita sekarang ni…
Makin ramai yang berlumba-lumba untuk melakukan kejahatan
Bukannya berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan!
Dia orang ni seperti bangga dapta melakukan kejahatan
Dan seperti kecewa ataupun malu untuk melakukan kebaikan!

Apa sudah jadi kepada dunia sekarang?!
Bertaubatlah selagi ada masa!
Bertaubatlah selagi ada kesempatan!

Kerana jika Allah itu mahu menurunkan murkaNya
Tidak dipilih siapa yang kena dan siapa yang tidak!
‘kun fayakun’



identiti



‘AKU ADALAH AKU!’
Best kan ayat tu? Tapi berapa ramai yang menyebutkan ayat itu serta menjiwai ayat tu? Cheeewaaahh!!
Maksud aku lebih kurang macam ni ok, IDENTITI!
Korang faham tak apa yang dimaksudkan dengan identiti diri?
Haa!! Cuba relate kan antara ayat molek diatas dengan identiti…
Whatever lah yang korang fikirkan, yang penting yang ni blog aku, so aku nak tulis pendapat aku
Mengenai IDENTITI DIRI SENDIRI…

Bagi aku lah kan, setiap orang seharusnya mempunyai identiti diri sendiri.
Ya ke tak?
Whatever lah jawapan korang kan.
Setiap orang seharusnya mencari identiti sendiri, tak kisah lah…
Kau tu budak dari kampung ke,
Kau tu budak dari bandar ke,
Kau tu budak dari pendalaman ke,
Kau tu budak dari luar bandar ke kan,
Identiti masing-masing…

Dari apa yang aku nampak,
Ramai yang berjaya membawa identiti diri sendiri,
Dan tak ketinggalan ramai juga yang masih teraba-raba pada hari siang,
Mencari identiti diri mereka!
Weh! Apa ni??
Jangan cakap yang korang nak tiru identiti diri orang lain??!!
Pleaseeeeee~~~
Mungkin korang tak sedar yang sedang meniru orang lain.
Betul tak?

Ok! Sebenarnya aku nak fokus kepada yang masih teraba-raba tu…
Hoi cik abang dan cik akak oi!
Jangan sampai korang dipanggil PENIRU!
Kan dah terang lagi bersuluh di siang hari ni?
Cubalah korang bina atau cari identiti sendiri…
Tak susah pun lah, just follow your instinct…
*Sorry kalau ejaan perkataan diatas tu salah*
Yang kelakar apabila korang tiru identiti orang lain adalah
Nampak FAKE sangat doo!! SUMPAH!!
Kadang-kadang rasa nak gelak kuat-kuat tengah orang ramai tau..
HAHAHAHAHAHAHHAHAH!!!
Simpati pula aku nanti kau jugak yang malu kan,
Termasuk dengan aku-aku sekali malu!

Tak salah kalau korang nak jeling-jeling kawan korang,
To build a better identity right?
But, please.. Don’t be a copy cat!!
By the way, just remember…

AKU ADALAH AKU DAN AKU TAK AKAN JADI MACAM ORANG LAIN!!!
Cayaaalahhh!!!!


budak budak sekolah



Teringat kejap aku sewaktu zaman sekolah dulu…
Haa!! Kebetulan kot tadi aku nampak budak sekolah menengah balik sekolah
Budak lelaki
Tengok dari atas sampai bawah badan budak tu, hurm~~~
Memang sah budak sekolah menengah!
Tapi satu benda yang buat aku nak ketawa.
SELUAR dia…
Haha, siapa yang tak rasa nak tergelak bila…
“Kau pakai seluar tight ke dik oii?”
Hadoi aii.. nak pergi sekolah ke pergi kelas renang?

Memang trend kot aku rasa…
Dari waktu aku sekolah menengah lagi dah start trend macam ni.
Aku ingatkan dunia dah makin moden ni
Tak adalah lagi fashion pelik ni…
Tapi, yang hadooo…

Waktu aku sekolah dulu,
Macam-macam jenis jahitan dia orang buat untuk kecikkan seluar tau.
Ada yang jahit sekali…
Ada yang jahit dua kali…
Ada yang terus jahit guna mesin jahit…
Tak lupa juga yang susah payah jahit pakai tangan…
Semuanya sebab takut cikgu kat sekolah tu suruh buka.
Tapi last-last kantoi jugak kan…?
Bila dah buka tu kang masing-masing muka bekerut je…
Tak cukup dengan tu,
Lipat pulak seluar tu biar tetap nampak kecik…
Memang kreatif kan korang ni?!
*siapa yang pernah lalui semua ni, faham lah maksud aku ni*

Kenapa korang tak terus pakai seluar tight je erk?
Kan senang, tak payah nak jahit-jahit susah payah kan…
Kesian doo tengok korang penat-penat jahit,
Lepas tu senang-senang je cikgu suruh buka kan…
Tak cukup dengan tu, denda kena sekali.
Ada yang kena pakai kain pelekat lah…
Ada yang kena rotan…
Macam-macam lah kan.

Lagi satu kan,
Aku paling kelakar bila yang pakai seluar kecik ni,
Seorang yang berbadan besar!!
MUAHAHAHAHAHAH!!!
Kaki dah lah besar!
Lepas tu kau jahit seluar tu biar kecik
Betul-betul ikut bentuk kaki tu!
Bak kata orang…
“MACAM BALUT NANGKA!!”
Memang betul lah tu kan?!
Kononnya…
Bila pakai seluar kecik ni baru skin…
Fashion pelik-pelik betul sekarang ni kan?!
Tapi aku tabik betul usaha korang…
Sanggup jahit banyak kali weh!!!
Bravo! Bravo! BRAVO!

Bazir tenaga dan bazir duit je korang ni tau?!
Cuba korang guna tenaga untuk jahit kecikkan seluar tu…
Tolong mak bapak korang ke kan…
Berfaedah! Plus dapat pahala wehh!!!
And cuba korang guna duit untuk jahit kecikkan seluar tu…
*kalau tak reti jahit sendiri kan korang hantar jahit kat kedai*
Beli aiskrim ke, makanan banyak-banyak…
Kenyang doo!! Sumpah kenyang!!!
Korang pun dah dewasa kan?!
Sekolah menengah tu maksudnya dah boleh fikir mana yang elok,
Dan mana yang salah kan. Akil baligh lah katakan…
Fikir sebelum bertindak!

By the way, walau apa fashion pelik pun.
Korang sekolah elok-elok…
Belajar pandai-pandai dan buktikan yang…
Kami tak salah menilai diri anda daripada fashion anda!
DON’T JUDGE A BOOK FROM IT’S COVER!

Wednesday 22 February 2012

Itulah Kau Kan??



Ok. Cerita bermula macam ni. Korang sakit hati tak bila tengok kawan korang dipergunakan and dipaksa-paksa oleh orang lain? (jawab sendiri dalam hatilah kan) itulah keadaan yang dilalui oleh kawan aku yang seorang tu. Aku kesian dengan dia tapi kalau orang yang jenis lembut hati ni susa juga kan. bukan lembut sotong eh

Macam mana aku tak sakit hati tengok kalau member kepada kawan aku ni korang pandai-pandai lah fahamkan ayat aku ni eh selalu je mengarah kawan aku ni suruh buat ni lah itu lah, bawa dia ke sini lah, ke situ lah. Ini dah melebih! Aku memang pantang tengok budak yang HYPERDEMAND macam ni! Kau nak buat kat orang lain boleh, tapi kalau kat kawan aku, SORRY lah weh! lu salah tempat!

Yang budak bodoh suka mengarah ni pun memang masalah mental sikit dia ni. Dia ingat kalau dia dulu sekolah pandai-pandai bila masuk Universiti boleh buat kepala dia ke? Ni aku tunjuk macam mana kalau nak ikut kepala otak aku pula! Baru kena sembur sekali langsung nak block aku? Langsung aku tak kesah! As long as I think that what I did is right, I will never ask forgiveness from them!

Engkau tu yang ada masalah mental lah BARUA! Kalau kau nak pergi mana-mana kau beli motor@kereta sendiri lah, kalau kau nak beli apa-apa guna duit sendiri lah! kalau kau buat apa-apa pada kawan-kawan aku, kau tunggu! Apa kau nak dengan kawan aku haa??


Lagi satu masalah budak sengal ni adalah beliau adalah seorang yang sangat berkira dengan kawan-kawan yang lain. Kalau nak berkira tu pun bertempat lah weh. Kawan boleh belanja kau takkan kau sekalipun taknak belanja yang lain kut? Kedekut gilerrr kau ni?! Kalau kau betul-betul nak berkira, ok aku bagi kau satu cadangan: Kau jangan ambil apa-apa budak lain bagi dan kau survive hidup kau sendiri tanpa pertolongan kawan-kawan yang lain. Aku nak tengok kau boleh hidup ke tak kalau tak ada kawan kan.

Sepatutnya kau dah semakin besar kau patut semakin matang dalam pemikiran dan tindakan, tapi malangnya kau jadi semakin bodoh dan bebal! Kau kenakan orang lain boleh eh? Kau cakap orang lain macam-macam boleh kan? Ni baru 'kena' sekali dengan aku langsung nak musuh? langsung taknak tegur? Ok fine! Aku boleh hidup lah tanpa kawan macam kau malahkan lagi gembira hidup aku ni! Esok lusa kau jangan terhegeh-hegeh pula datang kat aku balik ye. Maluuuuu~~~

Friday 10 February 2012

Say goodbye to the 'Three Idiots'

Memang best kan hidup aku ni. Hanya certain orang je yang tahu kalau aku nak mengata orang ke, kawan-kawan aku ke aku terus buat entry dalam blog ni kan? For those yang dah tahu tu korang senyap-senyap sudah lah eh, nanti tak dapat aku nak entry kata-kata ni. Enough for the introduction, back to our main point!


entry ni maybe ada kaitan dengan orang yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia

Memang best kan kalau kita tengok hidup orang yang kita benci merana kan? Tapi masalahnya benda ni jadi dekat kawan rapat aku sendiri! Aku pun pelik kenapa ada orang yang sebegitu bodoh yang tak dapat nak kawal nafsu sendiri and terlalu ikut perasaan. Firstly, ada lah makhluk tuhan sorang ni yang suruh tolong dia sebab dia nak berhenti merokok. So, sebab aku fikir kawan kan, setiap kali aku keluar dengan dia aku yang akan pegang rokok dia tu. Awal-awal aku tengok oklah budak ni sebab mcam betul-betul nak berhentikan. Tapi lepas maybe dalam seminggu macamtu tiba-tiba dia ugut nak tumbuk aku kalau aku tak bagi rokok dia. Aku just fikir yang dia tu kawan aku je kalau tak memang gaduh pun aku tak kisah. Bayangkanlah kan pada awalnya siapa yang terhegeh-hegeh mintak tolong dekat siapa? Kalau kau bukan kawan aku, aku tak hingin lah tolong kau BONGOK! Betapa bodohnya beliau kan? Last-last aku dah malas nak gaduh dengan dia aku cakap je lah kalau kau nak hidup dengan rokok ni pergi MAMPUS lah, kau bukan anak bapak aku pun kan??!!


Then aku dengar sebab sangap dengan rokok punya pasal masing-masing sanggup tu nak duduk rumah sewa. WHAT THE FUCK korang ni?? Fikir lah family korang weh.. Ada sorang tu, family dia tak tahu pun yang dia smoking tau?? Kesian aku dengan parents dia,. bagi duit ingatkan nak suruh anak tu belajar, sekali yang hadoo!! Kalau kau tak kesian dengan aku sekalipun, kau kesianlah dengan parents korang weh.

aku pun dah malas nak cakap banyak-banyak dengan korang. Korang dah besarkan, dah ada akal nak fikir. Fikirlah matang-matang kawanku..


p/s: lain kali jangan gedik-gedik minta tolong orang kalau kau nak buat orang tu macam orang gaji!



Thursday 2 February 2012

you such a FOOL person!

Dah lama kan aku tak update blog aku ni, ini gara-gara line free yang tidak dibayar bill. haha, aku tahu guna jer.. ok, memang banyak lah sebenarnya point yang aku nak cerita sepatutnya. Tapi , line tiada pula kan. Hari ni moh kita menge-post di blog aku ni. Cerita dia macam ni.. Aku ni kan jenis orang yang suka memerhati hidup orang-orang yang di sekeliling aku ni, jadi aku perasanlah seorang rakan aku ni.. Dia bukan GAY bukan MATERIALISTIC and so on lah tapi dia ni macam ketinggalan sikit dengan perkembangan semasa yang sepatutnya seorang remaja perlu lalui maybe starting from secondary school I think. Bukan salah parents dia juga aku rasa kalau dia cakap yang parents dia ni such a islamic sebab Islam tetap mengajar anak-anak remaja supaya pandai untuk berinteraksi dan bersosial kan.. Tapi kawan aku yang sorang ni bila masuk Universiti ni aku tengok macam hilang arah pula. Bukan setakat hilang arah je dah ni, hilang sebab utama kenapa dia datang kat Universiti ni lah. Aku ni bukan lah nak menyibuk hal peribadi dia, tapi kalau aku rasa benda tu salah and aku rasa perlu ditong, inshaAllah aku akan tolong. Tapi kalau aku dah cakap banyak-banyak kali tapi kau masih sama je... memang I say goodbye to you lah beb! Aku fikir kau tu kawan aku je tahu? Kalau orang lain aku tak kisah lah dia nak tonggeng telentang terbalik macam mana pun. And lagi satu kebodohan budak ni adalah... kau cuba fikir sikit... patut ke dia jadikan budak yang over-social I mean yang playboy and yang over-enjoy (maksudnya yang enjoy lebih-lebih lah) sebagai kawan yang nak dijadikan ikutan? Apa kes mamat ni?? Are you insane man?? Kalau kau tak nak jadi macam tabligh (orang-orang yang kuat agama) tu pun sekurang-kurangnya jangan lah pilih jalan tu wahai kawanku.. Aku sedih bila tengok kawan aku rosak depan mata aku sendiri... Aku sedih bila tengok kawan aku tak berjaya sama-sama setelah apa yang kita lalui... Aku nak kita capai kejayaan tu sama-sama kawan.. Kalau kau masih tak boleh terima apa yang aku cakap ni pun, sekurang-kurangnya kau fikirlah perasaan parents kau yang sanggup menunggu 3tahun dengan harapan yang kau akan membawa segulung kertas yang sangat-sangat bermakna bagi mereka.. Setelah apa yang mereka dah korbankan, apa balasan yang kau bagi kat mereka? Kau fikirkannya matang-matang wahai kawan....

Thursday 22 December 2011

saujana pandangan

serius aku tak ada idea so far nak update blog aku ni. Bukan nya apa. Sekarang ni sibuk sikit lah kan, maklum lah baru start semester 2 di UiTM Perlis tercinta aku ni! haha. aku rasa-rasa dah sebulan lebih juga aku di UiTM Perlis ni and banyak yang aku dah belajar tentang erti kehidupan yang sebenar. Kadang-kadang aku tak terfikir pun benda tu boleh terjadi dalam masyarakat kita yang serba moden macam sekarang ni. To make it short and sweet aku tulis dalam points je ok. hehe... 1) Bukan semua orang suka dengan perangai semulajadi kita kan... -Ceritanya macam ni, ada member aku ni dapat bilik dengan seorang budak lelaki yang agak `squisy`. Bak kata orang bila dah tak suka memang apa pun yang dia buat memang dah tak kena lah kan. Kita tak boleh nak salahkan dia sebab jadi macam tu, maybe dia ada sebab tersendiri kenapa dia jadi macam tu. As long as dia tak menyimpang dari agama and still `straight` it`s not a problem. kadang-kadang kesian juga aku dengar yang dia asyik kena kutuk je kan. Sometimes i also pity with him. Moral of the story is don`t judge a book from its cover ok! 2) Ramai orang sekarang suka tuduh melulu kan... -Ceritanya kelakar and sakit hati juga kalau benda ni jadi kat korang. Ada member aku ni kena cop GAY with RS! Oh my God!!! Before I continue the story, RS tu is like pegawai pembangunan pelajar yang jaga students residents di sesebuah kolej kediaman lah. Satu hari member aku ni baring-baring lah satu katil dengan member aku lagi sorang ni. Two people on single bed. Motifnya, budak dua orang ni masing-masing tunjuk menunjuk application dalam fon masing-masing. Tengah leka gelak-gelak, tiba-tiba si RS ni terjah masuk and tengok punya tengok terus cakap `korang ni gay eh?`. sesuka hati dia je kan. terbakar je dengar kan?! 3) Kita tak boleh nak jadi baik sangat dalam dunia sekarang ni kan... -Apa korang rasa apabila member korang kena buli dengan member dia? Member dia ni yang pastinya bukan aku lah kan. It`s not physical bully but~~~ macam mana nak cakap erk? Aku cerita je lah. Member aku ni nak cakap baik tak lah baik mana pun tapi dia ni jenis lembut hati lah juga. Member dia pula yang merangkap roomate dia ni selalu pula suruh dia beli ni lah beli tu lah. Member dia just duduk bilik depan laptop and goyang kaki je. Kalau dalam seminggu tu sekali dua tak kisah lah lagi tapi kalau setiap hari macam mana?? Sakit hati je kita tengok kan? Member dia ni memang kategori yang pemalas sebab hidup dia umpama bergantung pada laptop and games only. Although dia bagi duit time suruh beli something tu tapiit`s still not acceptable ok! 4) Ramai orang yang jenis cakap belakang sangat jelek, tapi kalau depan-depan hanya yang adooo kan... -Member aku seorang ni memang kurang ngam sikit dengan member dia. Ada masalah lah dua orang ni yang tak dapat nak diperjelaskan. Yang member aku ni selalu lah mengadu kat aku macam-macam pasal member dia ni. So far memang banyak yang buruk dari yang elok. Aku pun tak berapa tahu cerita yang sebenarnya. siap cakap kalau member dia tu cari pasal lagi memang dia nak tumbuk je. Tapi bila budak tu ada kaat depan mata aku tengok dia layan ok jer walaupun layan tu macam nak tak nak je kan. Langsung hilang perkataan tumbuk sepak terajang tadi. Apa pun mereka still my friends walaubagaimana pun perangai mereka. 5) We need something new so that our life will not be the same everytime kan... -Daripada apa yang aku dah cerita tadi, aku rasa dah tiba masa kita untuk change my life sikit demi sikit. It`s mean dari yang kurang baik kepada yang lebih baik lah kan, bukan yang berlawanan dari tu pula.Our life will getting boring if we just do the same thing everytime. Memang susah untuk kita buat sesuatu yang baik kan, tapi cuba korang buat dulu. Then korang akan rasa sesuatu yang korang jarang-jarang rasa dalam hati tau. Yang penting korang buat tu ikhlas lah kan. Kalau korang tak dapat rasa dalam hati pun, hidup korang pasti akan berubah kelak tau. 6) Kita buat baik, orang pula pijak kepala kita kan... -Dulu memang member baik dua orang ni. Sampai sanggup berkorban demi satu sama lain. Tapi sekarang ni yang seorang tu naik kepala pula... Bayangkan satu bilik yang ada 3 katil 3 tilam mahu dikongsi dengan 4 orang. Kalau setakat sehari dua tak kisah lagi lah, tapi kalau dah sebulan lebih macam mana? Member memanglah tapi kalau dah melampau nak panggil apa pun aku tak tahu. Orang dah buat baik dengan kita seharusnya kita buat baik lah balik dengan dia kan. Pepatah yang maksud dia sama-sama dapat benefits tu lah.Barulah hidup kita akan aman sentosa. Maybe ada certain-certain yang aku tak ingat nak tulis lagi, but nanti pasti aku akan ceritakan lah. Conclusion nya memang kadang-kadang aku rasa hidup ni a bit scare and pelik kan. Aku tak tahu lah pandangan korang macam mana pula kan. By the way thanks to visit my page! See you soon on the next post!

Monday 5 December 2011

kisah sebijik katil doubel-dacker.

first of all, sorry lah kalau penjodoh bilangan untuk katil tu tak sesuai kot. haha. tapi what ever lah kan orang nak cakap apa. kisah yang lucu, seram, sebal, dan bosan juga lah. saja buang masa kejap create post ni.
pernah dengar tak orang gaduh hanya pasal sebijik katil double-dacker? pelik kan? kalau korang tak rasa pelik lantak lah. aku punya post and suka hati aku lah nak tulis apa pun kan. haha.
bile fikir-fikir memang logik marah apabila sebijik katil yang di-reserve atas nama kita tapi kita tak pernah pulak tidur kat situ. bukan sebab kita tak nak tidur kat situ, tapi orang lain yang muka pakai talam ubi kayu yang sedap-sedap menjalar kat sittu. klau jadi kat aku memang aku pergi koyak-koyak katil budak yang tidur katil aku tu. buat apa katil dia tu lagi kan kalau tak nak tidur kat situ. bazir je kan.
kadang-kadang aku fikir juga kenapa lah dia orang ni tak nak tidur katil sendiri kan? Pelik betul manusia ni kan. Macam-macam perangai pelik ada. Nasib baik lah aku tak kena macam kawan aku tu. Kalau lah aku kena............ Apa lah yang jadi lepas tu kan..... hahahaha.... Dah kena `sound pun masih buat macam orang tak reti bahasa. Bangang nya anda! Bagi surat layang masih tak faham? sah sah kau tu alien! memang tak faham bahasa melayu. bodoh kepada anda berkali-kali! Aku kesian dengan kawan aku yang didajalkan tu. pity on him.

katil-katil... sebab kau pun boleh bawa gaduh kan... haha selamat berjuang untuk mengembalikan katil anda. oowh yeah! go go go power rangers!