Pages

Thursday 22 December 2011

saujana pandangan

serius aku tak ada idea so far nak update blog aku ni. Bukan nya apa. Sekarang ni sibuk sikit lah kan, maklum lah baru start semester 2 di UiTM Perlis tercinta aku ni! haha. aku rasa-rasa dah sebulan lebih juga aku di UiTM Perlis ni and banyak yang aku dah belajar tentang erti kehidupan yang sebenar. Kadang-kadang aku tak terfikir pun benda tu boleh terjadi dalam masyarakat kita yang serba moden macam sekarang ni. To make it short and sweet aku tulis dalam points je ok. hehe... 1) Bukan semua orang suka dengan perangai semulajadi kita kan... -Ceritanya macam ni, ada member aku ni dapat bilik dengan seorang budak lelaki yang agak `squisy`. Bak kata orang bila dah tak suka memang apa pun yang dia buat memang dah tak kena lah kan. Kita tak boleh nak salahkan dia sebab jadi macam tu, maybe dia ada sebab tersendiri kenapa dia jadi macam tu. As long as dia tak menyimpang dari agama and still `straight` it`s not a problem. kadang-kadang kesian juga aku dengar yang dia asyik kena kutuk je kan. Sometimes i also pity with him. Moral of the story is don`t judge a book from its cover ok! 2) Ramai orang sekarang suka tuduh melulu kan... -Ceritanya kelakar and sakit hati juga kalau benda ni jadi kat korang. Ada member aku ni kena cop GAY with RS! Oh my God!!! Before I continue the story, RS tu is like pegawai pembangunan pelajar yang jaga students residents di sesebuah kolej kediaman lah. Satu hari member aku ni baring-baring lah satu katil dengan member aku lagi sorang ni. Two people on single bed. Motifnya, budak dua orang ni masing-masing tunjuk menunjuk application dalam fon masing-masing. Tengah leka gelak-gelak, tiba-tiba si RS ni terjah masuk and tengok punya tengok terus cakap `korang ni gay eh?`. sesuka hati dia je kan. terbakar je dengar kan?! 3) Kita tak boleh nak jadi baik sangat dalam dunia sekarang ni kan... -Apa korang rasa apabila member korang kena buli dengan member dia? Member dia ni yang pastinya bukan aku lah kan. It`s not physical bully but~~~ macam mana nak cakap erk? Aku cerita je lah. Member aku ni nak cakap baik tak lah baik mana pun tapi dia ni jenis lembut hati lah juga. Member dia pula yang merangkap roomate dia ni selalu pula suruh dia beli ni lah beli tu lah. Member dia just duduk bilik depan laptop and goyang kaki je. Kalau dalam seminggu tu sekali dua tak kisah lah lagi tapi kalau setiap hari macam mana?? Sakit hati je kita tengok kan? Member dia ni memang kategori yang pemalas sebab hidup dia umpama bergantung pada laptop and games only. Although dia bagi duit time suruh beli something tu tapiit`s still not acceptable ok! 4) Ramai orang yang jenis cakap belakang sangat jelek, tapi kalau depan-depan hanya yang adooo kan... -Member aku seorang ni memang kurang ngam sikit dengan member dia. Ada masalah lah dua orang ni yang tak dapat nak diperjelaskan. Yang member aku ni selalu lah mengadu kat aku macam-macam pasal member dia ni. So far memang banyak yang buruk dari yang elok. Aku pun tak berapa tahu cerita yang sebenarnya. siap cakap kalau member dia tu cari pasal lagi memang dia nak tumbuk je. Tapi bila budak tu ada kaat depan mata aku tengok dia layan ok jer walaupun layan tu macam nak tak nak je kan. Langsung hilang perkataan tumbuk sepak terajang tadi. Apa pun mereka still my friends walaubagaimana pun perangai mereka. 5) We need something new so that our life will not be the same everytime kan... -Daripada apa yang aku dah cerita tadi, aku rasa dah tiba masa kita untuk change my life sikit demi sikit. It`s mean dari yang kurang baik kepada yang lebih baik lah kan, bukan yang berlawanan dari tu pula.Our life will getting boring if we just do the same thing everytime. Memang susah untuk kita buat sesuatu yang baik kan, tapi cuba korang buat dulu. Then korang akan rasa sesuatu yang korang jarang-jarang rasa dalam hati tau. Yang penting korang buat tu ikhlas lah kan. Kalau korang tak dapat rasa dalam hati pun, hidup korang pasti akan berubah kelak tau. 6) Kita buat baik, orang pula pijak kepala kita kan... -Dulu memang member baik dua orang ni. Sampai sanggup berkorban demi satu sama lain. Tapi sekarang ni yang seorang tu naik kepala pula... Bayangkan satu bilik yang ada 3 katil 3 tilam mahu dikongsi dengan 4 orang. Kalau setakat sehari dua tak kisah lagi lah, tapi kalau dah sebulan lebih macam mana? Member memanglah tapi kalau dah melampau nak panggil apa pun aku tak tahu. Orang dah buat baik dengan kita seharusnya kita buat baik lah balik dengan dia kan. Pepatah yang maksud dia sama-sama dapat benefits tu lah.Barulah hidup kita akan aman sentosa. Maybe ada certain-certain yang aku tak ingat nak tulis lagi, but nanti pasti aku akan ceritakan lah. Conclusion nya memang kadang-kadang aku rasa hidup ni a bit scare and pelik kan. Aku tak tahu lah pandangan korang macam mana pula kan. By the way thanks to visit my page! See you soon on the next post!

Monday 5 December 2011

kisah sebijik katil doubel-dacker.

first of all, sorry lah kalau penjodoh bilangan untuk katil tu tak sesuai kot. haha. tapi what ever lah kan orang nak cakap apa. kisah yang lucu, seram, sebal, dan bosan juga lah. saja buang masa kejap create post ni.
pernah dengar tak orang gaduh hanya pasal sebijik katil double-dacker? pelik kan? kalau korang tak rasa pelik lantak lah. aku punya post and suka hati aku lah nak tulis apa pun kan. haha.
bile fikir-fikir memang logik marah apabila sebijik katil yang di-reserve atas nama kita tapi kita tak pernah pulak tidur kat situ. bukan sebab kita tak nak tidur kat situ, tapi orang lain yang muka pakai talam ubi kayu yang sedap-sedap menjalar kat sittu. klau jadi kat aku memang aku pergi koyak-koyak katil budak yang tidur katil aku tu. buat apa katil dia tu lagi kan kalau tak nak tidur kat situ. bazir je kan.
kadang-kadang aku fikir juga kenapa lah dia orang ni tak nak tidur katil sendiri kan? Pelik betul manusia ni kan. Macam-macam perangai pelik ada. Nasib baik lah aku tak kena macam kawan aku tu. Kalau lah aku kena............ Apa lah yang jadi lepas tu kan..... hahahaha.... Dah kena `sound pun masih buat macam orang tak reti bahasa. Bangang nya anda! Bagi surat layang masih tak faham? sah sah kau tu alien! memang tak faham bahasa melayu. bodoh kepada anda berkali-kali! Aku kesian dengan kawan aku yang didajalkan tu. pity on him.

katil-katil... sebab kau pun boleh bawa gaduh kan... haha selamat berjuang untuk mengembalikan katil anda. oowh yeah! go go go power rangers!

Saturday 3 December 2011

kembalilah...

                                       

bayu menerpa diriku,
kadang hebat kadang tidak bermaya,
masih hingar bunyi manusia,
aku sendiri, sunyi,
memandang langit, sekeliling,
jiwa tiba-tiba hiba,
terimbau dosa lalu,
dosa lampau yang kian dilupa,
tanpa ada rasa bersalah,
mana aku letakkan Tuhan dalam hati?,
aku kian hindar dariNya,
aku menjauh,
salah dariku ini semua,
tidak mampu bagi menyalahkan yang Maha,
nafsu punah dikawal,
aku lemah bagi melawan,
aku sunyi hidup ini,
sendiri salah ini semua,
betul apa yang aku perbuat?,
muhasabah jarang amat dibuat,
hanya berfikir diriku yang benar,
diriku tiada apa,
     
aku miskin amal,
aku miskin harta,
aku miskin daya,
aku sungguh lemah,
lihatlah aku wahai Tuhan,
aku perlu Kamu,
jalin erat kembali denganku.