Pages

Tuesday 17 April 2012

tabik Dr. M

Betul apa yang telah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir sekian lama…
Siap ada penyanyi guna dalam lagu dia lagi ayat ni…
“Melayu Mudah Lupa!”
Kan dah kena!
Ni aku nak cerita pasal PTPTN yang jadi perbualan hangat sekarang nil lah…
Betul-betul kena atas dahi seorang Dato’ ni…
Dato’ seri tetttttt... haha

Kita ni kalau nak keluarkan statement…
Fikir dulu elok-elok…
Jangan bak kata wartawan melodi tu
“kita TERJAH!!”
Silap-silap kita pulak yang malu nanti
Ye tak?!



Bukannya apa..
Kalau pasal benda-benda yang sensetif ni tak boleh buat main
Menyentuh semua pihak woo…
Apa pun nasib baik Tun. Dr. Mahathir tak cakap
Yang Dato’ seri tettt tu dah nyan#$k je kan?
Silap-silap kecoh satu Malaysia nanti
Saman menyaman lah apa lagi kan…

Cuba kita fikir logic eh..
Kalau PTPTN dimansuhkan…
Berapa banyak dana yang dikeluarkan kerajaan untuk pendidikan FREE??
Budak-budak di Universiti ni pun bukan semuanya belajar
Maksud aku belajar betul-betul lah kan…
Ada yang just nak rasa hidup bebas
Ada yang just nak rasa kehidupan university
Ada juga yang just nak happy-happy je masuk university ni…

Kepada yang belajar betul-betul tu tahniah lah
Anda satu langkah kehadapan mencapai cita-cita di dunia
Jangan lupa untuk kejar yang akhirat pulak tau!

Kalau betul korang nak PTPTN tu jadi biasiswa
Yakni tak nak bayar balik kan…
Cuba korang belajar betul-betul
Bila dapat pointer yang cemerlang kan…
Kerajaan kan dah janji pinjaman tu secara automatic
Akan menjadi BIASISWA!

Mereka just suruh buktikan je yang pinjaman yang diberikan
Tak sia-sia diberi, tahu?!
Kalau duit beribu-ribu tu sebagai biasiswa…
Lepas tu korang belajar ala kadar
Aku tak tahu lah berapa juta-juta Negara kita rugi kan?!
Ye tak?!


kan dah kena!



Bila terbaca ‘Harian Metro’
16 April 2012
SENTAP hati aku ni!!
Tak marah pun…
Cuma aku rasa betul-betul kena atas dahi aku ni!

Tak tahu lah korang terasa ke tak
Statement yang dikeluarkan oleh
Prof Madya Md Izzudin Ali
Lebih kurang macam nil ah statement-nya…
‘Konsep TAUBAT KEMUDIAN binasa diri sendiri’
Dalam surat khabar tu memang dia fokuskan kepada siapa kan…
Tapi aku tengok topic ni secara umum…

Kalau dia buat statement tu secara umum
Memang sebahagian besar orang awam kena lah kan?

Memang betul pun apa yang beliau cakap tu
Bagi aku tak ada salah langsung!
Seharusnya statement-statement seperti ini
Kerap dipaparkan di media semasa
Kerana umat-umat zaman sekarang makin teruk!
Makin teruk kelakuan!
Makin teruk akidah!
Makin teruk daripada segala segi!
Apabila adanya statement seperti ini…
inshaAllah…
tersentuhlah hati-hati manusia ini untuk mengingati ALLAH!
Tersentuhlah hati-hati manusia ini untuk mengingati dosa pahala!
Tersentuhlah hati-hati manusia ini untuk mengingati syurga neraka!
Tersentuhlah hati-hati manusia ini untuk kembali BERTAUBAT!

Mungkin ada yang akan cakap yang tindakan ini hanya…
Hanya akan buang masa dan buang duit
Kerana peratus yang ‘terasa’ tu amat sedikit…
Tapi bukan ke pepatah melayu juga ada mengatakan…
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit?

Lain kali jangan hanya pandai bermain kata-kata…
Buktikan sekali!

Mungkin korang rasa statement seperti itu biasa
Tapi bagi aku ia satu statement yang mengajak
Mengajak kita untuk kembali ke jalanNya

Itu juga adalah salah satu cara berdakwah tau
Berdakwah kecil-kecilan macam tu pun…
Allah dah janjikan pahala yang tak terkira tau…


Orang-orang kita sekarang ni…
Makin ramai yang berlumba-lumba untuk melakukan kejahatan
Bukannya berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan!
Dia orang ni seperti bangga dapta melakukan kejahatan
Dan seperti kecewa ataupun malu untuk melakukan kebaikan!

Apa sudah jadi kepada dunia sekarang?!
Bertaubatlah selagi ada masa!
Bertaubatlah selagi ada kesempatan!

Kerana jika Allah itu mahu menurunkan murkaNya
Tidak dipilih siapa yang kena dan siapa yang tidak!
‘kun fayakun’



identiti



‘AKU ADALAH AKU!’
Best kan ayat tu? Tapi berapa ramai yang menyebutkan ayat itu serta menjiwai ayat tu? Cheeewaaahh!!
Maksud aku lebih kurang macam ni ok, IDENTITI!
Korang faham tak apa yang dimaksudkan dengan identiti diri?
Haa!! Cuba relate kan antara ayat molek diatas dengan identiti…
Whatever lah yang korang fikirkan, yang penting yang ni blog aku, so aku nak tulis pendapat aku
Mengenai IDENTITI DIRI SENDIRI…

Bagi aku lah kan, setiap orang seharusnya mempunyai identiti diri sendiri.
Ya ke tak?
Whatever lah jawapan korang kan.
Setiap orang seharusnya mencari identiti sendiri, tak kisah lah…
Kau tu budak dari kampung ke,
Kau tu budak dari bandar ke,
Kau tu budak dari pendalaman ke,
Kau tu budak dari luar bandar ke kan,
Identiti masing-masing…

Dari apa yang aku nampak,
Ramai yang berjaya membawa identiti diri sendiri,
Dan tak ketinggalan ramai juga yang masih teraba-raba pada hari siang,
Mencari identiti diri mereka!
Weh! Apa ni??
Jangan cakap yang korang nak tiru identiti diri orang lain??!!
Pleaseeeeee~~~
Mungkin korang tak sedar yang sedang meniru orang lain.
Betul tak?

Ok! Sebenarnya aku nak fokus kepada yang masih teraba-raba tu…
Hoi cik abang dan cik akak oi!
Jangan sampai korang dipanggil PENIRU!
Kan dah terang lagi bersuluh di siang hari ni?
Cubalah korang bina atau cari identiti sendiri…
Tak susah pun lah, just follow your instinct…
*Sorry kalau ejaan perkataan diatas tu salah*
Yang kelakar apabila korang tiru identiti orang lain adalah
Nampak FAKE sangat doo!! SUMPAH!!
Kadang-kadang rasa nak gelak kuat-kuat tengah orang ramai tau..
HAHAHAHAHAHAHHAHAH!!!
Simpati pula aku nanti kau jugak yang malu kan,
Termasuk dengan aku-aku sekali malu!

Tak salah kalau korang nak jeling-jeling kawan korang,
To build a better identity right?
But, please.. Don’t be a copy cat!!
By the way, just remember…

AKU ADALAH AKU DAN AKU TAK AKAN JADI MACAM ORANG LAIN!!!
Cayaaalahhh!!!!


budak budak sekolah



Teringat kejap aku sewaktu zaman sekolah dulu…
Haa!! Kebetulan kot tadi aku nampak budak sekolah menengah balik sekolah
Budak lelaki
Tengok dari atas sampai bawah badan budak tu, hurm~~~
Memang sah budak sekolah menengah!
Tapi satu benda yang buat aku nak ketawa.
SELUAR dia…
Haha, siapa yang tak rasa nak tergelak bila…
“Kau pakai seluar tight ke dik oii?”
Hadoi aii.. nak pergi sekolah ke pergi kelas renang?

Memang trend kot aku rasa…
Dari waktu aku sekolah menengah lagi dah start trend macam ni.
Aku ingatkan dunia dah makin moden ni
Tak adalah lagi fashion pelik ni…
Tapi, yang hadooo…

Waktu aku sekolah dulu,
Macam-macam jenis jahitan dia orang buat untuk kecikkan seluar tau.
Ada yang jahit sekali…
Ada yang jahit dua kali…
Ada yang terus jahit guna mesin jahit…
Tak lupa juga yang susah payah jahit pakai tangan…
Semuanya sebab takut cikgu kat sekolah tu suruh buka.
Tapi last-last kantoi jugak kan…?
Bila dah buka tu kang masing-masing muka bekerut je…
Tak cukup dengan tu,
Lipat pulak seluar tu biar tetap nampak kecik…
Memang kreatif kan korang ni?!
*siapa yang pernah lalui semua ni, faham lah maksud aku ni*

Kenapa korang tak terus pakai seluar tight je erk?
Kan senang, tak payah nak jahit-jahit susah payah kan…
Kesian doo tengok korang penat-penat jahit,
Lepas tu senang-senang je cikgu suruh buka kan…
Tak cukup dengan tu, denda kena sekali.
Ada yang kena pakai kain pelekat lah…
Ada yang kena rotan…
Macam-macam lah kan.

Lagi satu kan,
Aku paling kelakar bila yang pakai seluar kecik ni,
Seorang yang berbadan besar!!
MUAHAHAHAHAHAH!!!
Kaki dah lah besar!
Lepas tu kau jahit seluar tu biar kecik
Betul-betul ikut bentuk kaki tu!
Bak kata orang…
“MACAM BALUT NANGKA!!”
Memang betul lah tu kan?!
Kononnya…
Bila pakai seluar kecik ni baru skin…
Fashion pelik-pelik betul sekarang ni kan?!
Tapi aku tabik betul usaha korang…
Sanggup jahit banyak kali weh!!!
Bravo! Bravo! BRAVO!

Bazir tenaga dan bazir duit je korang ni tau?!
Cuba korang guna tenaga untuk jahit kecikkan seluar tu…
Tolong mak bapak korang ke kan…
Berfaedah! Plus dapat pahala wehh!!!
And cuba korang guna duit untuk jahit kecikkan seluar tu…
*kalau tak reti jahit sendiri kan korang hantar jahit kat kedai*
Beli aiskrim ke, makanan banyak-banyak…
Kenyang doo!! Sumpah kenyang!!!
Korang pun dah dewasa kan?!
Sekolah menengah tu maksudnya dah boleh fikir mana yang elok,
Dan mana yang salah kan. Akil baligh lah katakan…
Fikir sebelum bertindak!

By the way, walau apa fashion pelik pun.
Korang sekolah elok-elok…
Belajar pandai-pandai dan buktikan yang…
Kami tak salah menilai diri anda daripada fashion anda!
DON’T JUDGE A BOOK FROM IT’S COVER!