Pages

Tuesday 17 April 2012

kan dah kena!



Bila terbaca ‘Harian Metro’
16 April 2012
SENTAP hati aku ni!!
Tak marah pun…
Cuma aku rasa betul-betul kena atas dahi aku ni!

Tak tahu lah korang terasa ke tak
Statement yang dikeluarkan oleh
Prof Madya Md Izzudin Ali
Lebih kurang macam nil ah statement-nya…
‘Konsep TAUBAT KEMUDIAN binasa diri sendiri’
Dalam surat khabar tu memang dia fokuskan kepada siapa kan…
Tapi aku tengok topic ni secara umum…

Kalau dia buat statement tu secara umum
Memang sebahagian besar orang awam kena lah kan?

Memang betul pun apa yang beliau cakap tu
Bagi aku tak ada salah langsung!
Seharusnya statement-statement seperti ini
Kerap dipaparkan di media semasa
Kerana umat-umat zaman sekarang makin teruk!
Makin teruk kelakuan!
Makin teruk akidah!
Makin teruk daripada segala segi!
Apabila adanya statement seperti ini…
inshaAllah…
tersentuhlah hati-hati manusia ini untuk mengingati ALLAH!
Tersentuhlah hati-hati manusia ini untuk mengingati dosa pahala!
Tersentuhlah hati-hati manusia ini untuk mengingati syurga neraka!
Tersentuhlah hati-hati manusia ini untuk kembali BERTAUBAT!

Mungkin ada yang akan cakap yang tindakan ini hanya…
Hanya akan buang masa dan buang duit
Kerana peratus yang ‘terasa’ tu amat sedikit…
Tapi bukan ke pepatah melayu juga ada mengatakan…
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit?

Lain kali jangan hanya pandai bermain kata-kata…
Buktikan sekali!

Mungkin korang rasa statement seperti itu biasa
Tapi bagi aku ia satu statement yang mengajak
Mengajak kita untuk kembali ke jalanNya

Itu juga adalah salah satu cara berdakwah tau
Berdakwah kecil-kecilan macam tu pun…
Allah dah janjikan pahala yang tak terkira tau…


Orang-orang kita sekarang ni…
Makin ramai yang berlumba-lumba untuk melakukan kejahatan
Bukannya berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan!
Dia orang ni seperti bangga dapta melakukan kejahatan
Dan seperti kecewa ataupun malu untuk melakukan kebaikan!

Apa sudah jadi kepada dunia sekarang?!
Bertaubatlah selagi ada masa!
Bertaubatlah selagi ada kesempatan!

Kerana jika Allah itu mahu menurunkan murkaNya
Tidak dipilih siapa yang kena dan siapa yang tidak!
‘kun fayakun’



No comments:

Post a Comment