Pages

Friday 30 September 2011

Buktikan Anda Jiwa Kental!

haa. macam ni ceritanya. Semenjak dua menjak ni aku leka layan satu blog ni tau. Memang gempak giler weh blog dia. Bukan buat cerita aku ni, tapi tu le kenyataannya. Boleh ketagih weh tengok blog dia(chewaah aku ni, macam fanatik sangat pulak bunyinya). hahahaa3. Kesah Pulak Aku(PKA) bak kata orang-orang moden zaman sekarang ni kan. hahaha3. ok! Back to the main point, Buktikan Anda Jiwa Kental! kalau korang ni betul-betul brutal lah kan, try le pergi lawat blog ni dan view post-post dia. Tak ketinggalan korang tengok sekali video-video yang ada kat dalam blog tu. Pergh! wa cakap kalau lu boleh tahan memang wa tabik lu lah bro! hahaha3. Maybe ada diantara korang yang dah pernah view and follow blog ni kot. Nama blog dia `Kari Ngeri`
Here i give to you the link for that amazing blog http://www.kari-ngeri.com/ . Antara yang menarik dalam blog ni kan... Alamak! blog ni tak kasi aku copy walaupun satu image ler. Memang protected giler blog ni. Apa-apa jer ler. Kalau korang nak aktiviti rileks yang extra extreme kan, try this blog. Happy surfing!

Monday 26 September 2011

Rajin ke nak Puasa??

                      
depend dekat title post ni kan, memang tak ada benda lain le yang aku nak cerita kan. memandangkan kita yang beragama Islam ni baru sahaja nak masuk 2bulan habis menunaikan ibadah wajib bagi seseorang yang telah akil baligh kan. tapi kan, bak kata orang-orang zaman ni yang kononnya mengikut peredaran zaman ni dah semakin ramai yang tidak menunaikan puasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan tu. Ada yang dengan slumber gilerrr makan dan minum di tempat awam wehhh. Umat agama Islam tu. Saudara-saudara kita juga tu. Masalahnya, kalau budak-budak tu aku boleh faham lah kan. ni haa?? Orang-orang yang sihat walafiat dan memang confirm lah boleh puasa yang mentedarah depan orang ramai ni! Kadang-kadang aku fikir juga kan. Mereka-mereka ni tak rasa malu langsung ke kat budak-budak yang nak mula belajar untuk berpuasa tu erk? Tak takut atau segan ke korang kalau adik ataupun anak korang tanya kat korang `ayah tak puasa ke?, kenapa abang tak puasa hari ni?` uihhhh!!! kalau aku kena macam tu memang aku lari pusing satu rumah sebab malu punya pasal. Tak tahu lah korang boleh rileks-rileks lagi ke kan? Kadang-kadang aku fikir juga kan, apa susah sangat ke nak tahan perut korang tu daripada lapar. Sekejap je pun. Bukannya surh tak payah makan sampai satu hari suntuk pun. Maklum ler kan, dunia dah moden, bak kata orang `Apa barang puasa-puasa ni?` haa!! siapa-siapa yang terlibat tu kita tengok kat akhirat nanti korang boleh cakap tak ayat macam ni. `apa barang korang ni masuk syurga?` fikir-fikir le sendiri eh. Lagipun kan, banyak kelebihan le kalau korang berpuasa ni.

                   
KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN:

  • puasa menjanjikan syurga
  • selamatkan seseorang daripada dicampak ke dalam api neraka.
  • mengawal nafsu.
  • mendekatkan diri dengan Allah.
  • ada malam Lailatul Qadar.
  • syaitan-syaitan dibelenggu, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.
  • menjanjikan pengampunan dosa.
Bukan tu je tau. Kelebihan dari sudut kesihatan pulak:
  • boleh sembuhakn sistem-sistem dalam badan.
  • berlaku proses rejuvenasi/mempermuda.
  • ketajaman mental meningkat.
  • detoksifikasi.
Cool gilerrr kan? Lagipun kan, memang tak susah lah nak berpuasa ni. senang je. Lagipun kita ni sebagai orang dewasa haruslah tunjuk teladan yang baik kepada adik-adik dan anak-anak kita. Barulah mereka akan membesar dengan berlandaskan jalan yang benar. Kalau nak tambah pahala lagi, buat pula puasa sunat. Memang banyak lah pahala korang nanti kan. Tapi jangan terlalu leka nak puasa sunat sampai lupa tarikh-tarikh yang diharamkan bagi kita untuk berpuasa, iaitu:

  • Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban).
  • Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. 
  • Hari Haid dan Nifas.
  • Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban
Pesanan akhir dari aku, semoga puasa yang akan datang akan disambut dengan lebih bersemangat dan teratur. Anda Boleh Melakukannya!

Gelap dan Sunyi

jumpa lagi kita di post yang seterusnya. hahaha. tapi sekarang ni my mood is start to stable back after finish my Chemistry final paper for this part! wow! it`s amazing wehhh! hahaha. and now, aku sedang mendengar lagu yang bergenre Country sang by my favourite Country`s singer that is Adele. hahaha. best giler woo layan lagu-lagu dia ni. download jer kalau korang teringin nak dengar kan. banyak ler lagu-lagu minah ni yang best-best, macam `someone like you, set fire to the rain, hiding my heart dan juga turning table` bak kata orang kan, memang wa layan sieh dengar lagu minah ni. masyukk gilerrr!! hahaha. ok lah, berkaitan dengan title post kali ni yang berbunyi `Gelap dan Sunyi` kan, korang rasa aku nak cerita pasal apa erk? haa. ni yang aku nak habaq same kome-kome sume ni. sebenarnya aku nak cerita pasal cuaca kat kampus aku je hari ini. hahaha. bosan weh! tu yang aku buat post mengarut-ngarut ni. hahaha. suasana kampus UiTM Arau Perlis ni macam sehati sejiwa pulak dengan cuaca hari ni serta masyukk gilerr dengan soul aku hari ni. hati aku rasa seperti ada sesuatu yang kosong. tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku perlukan sehingga hati ni bagaikan meronta meminta aku mencari `something` yang boleh diletakkan di ruang kosong di hati aku ni. yang pasti kan aku tidak memerlukan teman  perempuan lagi setakat ni ok! aku tahu yang sekarang ni bukanlah masa yang sesuai untuk semua tu kan. belajar dulu tinggi-tinggi. pastu cari duit banyak-banyak. baru pikir nak couple and kahwin. bukan maksud aku suruh korang ni kahwin dah tua nanti. tapi sekarang ni education and money is really important ok! bila korang da kaya, korang dress up baek lagi cun punya. bawak kereta mewah, fuhhh!!! confirm, petik jer jari tu maka akan beraturlah pilihan-pilihan. hahaha. bukan nak menunjuk yang korang ni kaya, tapi benda dah ada dan korang mampu kan. pakai je ler. tak payah pikir apa orang cakap lah.memang orang-orang sekeliling sentiasa cari `point` nak jatuhkan orang-orang yang berjaya ni. tapi, bukan semua macam tu ok!

      
manusia ni bukan semuanya sama. lagi satu yang amat penting ialah `do not judge a book from its cover` bak kata orang putih le kan. setiap manusia ada sifat mereka sendiri, ada yang baik hati dan tak kurang juga dengan yang busuk hati kan. kalau kita nak cari kawan kita kenalah pandai menilai kawan kita tu macam mana. jangan kerana dia kaya kita nak kawan dengan dia. dan bukan kerana dia pandai sebab kita nak kawan dengan dia. dalam persahabatan kita perlu ikhlas. baru lah hidup kita akan dirahmati dan mendapat berkah dariNya. bila dah dapat rahmat barulah boleh dapat segala apa yang ada dalam gambar kat atas ni. hahaha. baca post ni betul-betl baru korang akan dapat input.

Sunday 25 September 2011

haa?? Lelaki...

tak sangka pulak lah aku masih boleh update blog ni pukul 3:30pagi ni kan... hak3... malam ni macam susah pulak aku nak lelapkan mata ni... pikir punya pikir aku terus buka lappy and pikir new post yang nak letak dalam blog ni... pusing punya pusing kepala pikir nak tulis pasal apa... aku decide nak cerita hal yang mudah sahaja... bak kata orang ni ringan-ringan sudah lahhh... hahaha...lagipun sekarang ni otak aku ni bukannya betul sangat pun kan.... hahaha... maklum le da pagi buta masih duduk di kerusi kejung dan menghadap objek yang banyak berjasa ni... chewaahhh!!! aduh! aku ni selalu betul menerawang merata-rata... nak cerita sikit, langsung berjela-jela jadinya... ok! simple headline bring much than complex headline... LELAKI! apa yang korang tahu dan tak tahu pasal lelaki ni.... aku pun tahu sikit-sikit je walaupun aku ni lelaki... hahaha.... bak kata orang... sebenarnya kita tak tahu segalanya tentang diri kita sendiri dan malam ni aku amat menyokong kata-kata itu setelah berfikir sejenak... setakat yang mampu aku kongsi dengan korang malam ni adalah fakta-fakta tentang seseorang lelaki...



1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).
10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).
13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).
17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan​ tekaan mereka seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.
45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)
49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.
banyak jugak pasal lelaki yang aku sendiri tak tahu ni erk.... hahaha... oleh itu lelaki-lelaki di luar sana yang mana ingin mengetahui naluri dan isi hati dirinya sendiri jemput-jemput lah baca blog aku ni.... yang kaum hawa pun boleh mengkhatamkan fakta-fakta mengenai lelaki supaya mudah untuk tackle lelaki pujaan korang dan seterusnya bagi yang telah berpasangan mahupun telah berkahwin akan lebih memahami pasangan anda... salamat malam.... and goodnight...

Saturday 24 September 2011

Apa Kaitan Kacang Dengan Blog Aku??

sini aku nak cerita sikit haa... kebetulan je aku baru je balik dari kedai makan... maklum le kan sabtu ahad macam hari ni memang makcik-makcik kedai yang kat dalam kampus ni kiteorang ni anak orang-orang kaya kot... bantai semua dok mogok tutup pulak deh... terpaksa lah aku merajinkan diri melangkah dengan banyaknya untuk mengejar sepinggan nasik... hak3... daripada mati kebulur sanggup aku menggagahkan kaki ni jugak... hak3... ok! stop! back to main topic... `Apa Kaitan Kacang Dengan Blog Aku`? hahaha... ni semua pasal budak-budak ni le... membe aku sorang ni dia cakap yang dia elergi ngan benda alah ni... betul ke `kacang` boleh menyebabkan elergi? meh aku citer sikit pasal kacang yang aku hack daripada atoOk goOgle...


Mitos: Makan kacang berlebihan menyebabkan jerawat
Fakta: jerawat di wajah disebabkan oleh debu yang menempel. dan jerawat juga boleh kerana akil baligh di usia remaja. jadi, apabila anda mengambil kacangdengan banyak, lalu tiba-tiba berjerawat, jangan terus menyalahkan kacang.kerana tidak selamanya kacang menimbulkan jerawat.

Mitos: makan kacang boleh berpotensi terkena penyakit jantung
Fakta: dengan mengambil kacang tanah seminggu sekali secara teratur justeru dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung koroner.

Mitos: kacang menyebabkan alergi
Fakta: sebahagian orang memang mempunyai alergi terhadap kacang, hal ini biasanya kerana pada saat hamil si ibu mengambil kacang, sehingga janinnyamempunyai potensi besar untuk terkena alergi. oleh kerana itu tidak digalakkanbagi ibu hamil untuk mengambil kacang

Mitos: Kacang membuat gemuk
Fakta: kacang mempunyai kandungan protein yang tinggi. sehingga apabila andamengambilnya secara wajar tidak akan membuat gemuk.

Fakta lain Mengenai kacang:
1. kacang mengandungi vitamin E yang tinggi yang sangat baik untuk kesihatankulit
2. kacang termasuk dalam kategori tumbuhan, jadi bebas dari kolesterol
3. biji kacang yang sudah matang baik bagi kesihatan gigi
4. kacang juga mengandungi banyak mineral dan serat yang boleh melancarkan pencernaan.



haa!! tu diahhh!!! amek kau... jangan pandai-pandai korang cakap macam-macam pasal kacang sesuka hati jer tanpa usul periksa ok... lepas ni korang tak payah nak takut lagi le nak makan `Nutella` tu.... hahaha3... bak kata orang `Telan je selagi boleh, Malaysia Boleh!` hak3.... apa-apa pun... harap-harap info ni cukup untuk korang eh.... kalau nak tau lagi banyak dan banyak lagi... pergi je search kat saudara terdekat remaja sekarang tu.... alahhh..... siapa lagi? atoOk GoOgle... hahahah selamat mengGoOgle!

Friday 23 September 2011

Love you soo much Mummy!!

Orang kata aku lahir dari perut mak...

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak



Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya



Filem Melayu + Director Melayu Sendiri Boleh Hina Islam?? Apa Dah Jadi Wehh??!!

korang ada tengok tak cerita yang raya baru-baru ni.... alahh... filem terbitan Exellent Pictures Sdn.Bhd. tu lerr...`Hantu Bonceng`. aku rasa korang akan lagi melompat bila aku cerita siapa hero and heroin cerita ni.... hero dia, Zizan Raja Lawak tu and heroin dia, Juliana Evans yang memang cun melecun tu.... wahhhh!!! sunggoh gilerrrr!!! hak3....this story gonna to be kelakar, seram and romantik kan....?? nanti korang pandai-pandai le cari CD or DVD cerita ni kalau beria sangat nak tengok kan.... aku bagi le sinopsis cerita Hantu Bonceng ni eh....

Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram.Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan Drag haram dan diberi habuan seorang bohsia(Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk dibawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran dilanggar oleh lori ketika mahu keluar daripada simpang.
Bohsia itu mati di tempat kejadian dan Amran dikejarkan ke hospital.Hidup Amran mula berubah sejak kejadian itu. Setiap malam Amran akan dihantui hantu bohsia tersebut.Amran tension dan meminta bantuan rakannya, Kunyit. Mereka telah berikhtiar pelbagai cara untuk mengahpuskan badi Amran. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan tidak lagi terjebak dalam kehidupan yang tidak sihat itu lagi.





cerita punya cerita.... macam biasa lahh kan.... orang cakap yang filem ni mengandungi skrip yang menghina Rasulullah... OMG?? apa sudah jadi Ahmad Idham oii?? hmmm..... skripnya berbunyi lebih kurang camni lahh kan....

“Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”


skrip ni dah dimuntahkan daripada mulut pelakon utama cerita tu tau... tapi nasib baik dia da sedar dan dah minta maaf pun di atas keterlanjuran kata beliau tu....apa nak jadi lah kan...??? harap-harap lain kali tak jadi macam ni lagi ea Ahmad Idham?? bukan je nak tujukan kat dia sorang je... tapi semua director-director yang lain gak eh... 
Agama yang utama beb, duit yang second! hak3... semoga industri perfileman negara kita akan lebih maju lagi lahh ea.... walaaa!!

Sai Baba @ Dajjal ??? WTH??

mungkin story ni dah lapuk kot.... tapi kan bila aku pikir-pikir balik... ni ada sangkut paut ngan agama kita gak tau.... ni aku focus lebih kat penganut agama rasmi Malaysia iaitu agama Islam yakninya lah eh..... korang ada dengar or surf internet tak pasal mamat yang nama dia Sai Baba ni??? rupe dia lebih kurang cam ni lah...


orang-orang cakap yang dia ni salah satu Dajjal yang akan `memimpin` kita ke arah kedajalan@jalan kegelapan...korang nak tau lagi....??? dia ni bukan sebarang manusia tau.... (bukan ler aku ni nak kagum malah bangga ngan dia ni),... orang cakap yang dia ni boleh keluarkan serbuk putih@tepung dari tangan dia weh.... korang boleh ke??? hahaha.... mamat ni jugak ada ramai gilerrr pengikut tau??? ada orang cakap jugak yang dia ni jugak ada kuasa untuk hidupkan orang yang telah mati.... biaq betoi??? Sai Baba ni banyak benda yang dia boleh buat weh.... orang-orang ni cakap dia ni sebagai Dajjal sebab kebanyakkan kebolehan dia ada diceritakan dalam agama Islam pasal Dajjal ler.... aku kongsi sikit ler riwayat hidup dia ni yang aku search dengan pertolongan atok Google aku ni haa....

Sathya Sai Baba dilahirkan di Puttaparthi, sebuah kampung kecil di India Selatan, pada 23 November 1926. Sebagai seorang anak, dia menunjukkan sifat-sifat teladan belas kasihan, kemurahan hati, kebijaksanaan dan yang jelas membezakan dia dari kanak-kanak lain di kampung.
Pada 29 Oktober 1940, pada usia 14, beliau mengisytiharkan kepada keluarganya dan kepada orang-orang kampung bahawa dia akan mulai sekarang oleh dikenali sebagai Sai Baba dan misinya adalah untuk membawa pertumbuhan semula kerohanian umat manusia dengan mempamerkan dan pengajaran tertinggi prinsip-prinsip kebenaran, kelakuan yang soleh, keamanan, dan kasih ilahi.
Misinya terus dikuatkan dalam surat beliau menulis surat kepada saudaranya pada tahun 1947. Saya mempunyai tugas, beliau berkata, Untuk memupuk semua manusia dan memastikan semua mereka hidup penuh yang penuh nikmat. Saya telah bersumpah: Untuk membawa semua yang sesat jauh dari jalan yang lurus lagi ke dalam kebaikan dan menyelamatkan mereka. Saya terikat dengan kerja yang saya suka: Untuk mengeluarkan penderitaan golongan miskin dan memberikan mereka apa yang mereka kekurangan.
Ashram Sai Baba, yang dibina oleh penganut yang berhampiran dengan kampung di mana dia dilahirkan, telah dirasmikan pada 23 November 1950. Ia dipanggil Prasanthi Nilayam (Abode Pendamai Ilahi). Ia telah tempat berkumpul berjuta-juta rohani jemaah pelbagai agama dari seluruh dunia. Setiap hari, Sai Baba anggun berjalan di antara mereka kepada pengguna, keselesaan, console, dan meningkatkan mereka.
Kuil kecil yang khusus pada tahun 1950 telah berkembang menjadi oasis rohani magnitud pernah berlaku sebelum ini. Kuil dan kawasan Darshan di depan, yang benar-benar dilindungi oleh bumbung yang indah, bersama-sama merangkumi satu kawasan yang lebih daripada 10,000 kilometer persegi. Dalam tempoh 14-23 November 1995, sambutan ulang tahun ke-70 Sathya Sai Baba mengambil tempat di Prasanthi Nilayam. Lebih daripada satu juta orang, termasuk Presiden dan Perdana Menteri India, yang dipasang di Prasanthi Nilayam untuk memberi penghormatan kepada Sathya Sai Baba semasa sambutan ulang tahun 70.
Sathya Sai Baba telah mewujudkan sebuah universiti dengan tiga kampus (, Anantapur, untuk wanita; Brindavan, berhampiran Bangalore, untuk lelaki dan Prasanthi Nilayam, untuk lelaki). Beliau telah membangunkan dua hospital superspecialty, melakukan operasi jantung terkini dan lain-lain dan melayani yang miskin. Beliau telah bertanggungjawab bagi dua projek utama air, satu hidangan lebih 700 kampung di negeri Andhra Pradesh (yang termasuk Puttaparthy, di mana Prasanthi Nilayam terletak) dan lain yang membawa air ke bandar kering Channai, yang tidak mempunyai sungai yang semula jadi.
Semua projek-projek ini sepenuhnya bebas-pelajar di universiti dan sekolah-sekolah tidak membayar tuisyen, hospital sepenuhnya bebas, dan Sri Sathya Sai Central Trust dibayar untuk projek-projek air. Namun, Sathya Sai Baba tidak pernah meminta wang, dan Sai Baba Organisasi Antarabangsa juga tidak meminta.
Program Sathya Sai Baba di Nilai Manusia telah merebak di seluruh dunia. Ia adalah berdasarkan lima asas Nilai kebenaran Manusia, kasih sayang, keamanan, yang benar, dan nonviolence dan di atas prinsip educare-nilai-nilai manusia sudah ada dalam setiap kanak-kanak, dan tugas itu adalah untuk menarik mereka. Pendidikan tidak terdiri daripada cramming pengetahuan dan ciri-ciri ke dalam kanak-kanak, ia mengandungi lukisan yang sudah.
Dalam wacana pada 29 September 1960 (Bab 31 Sathya Sai Speaks jilid 1), Sathya Sai Baba berkata ini:
Saya akan bentuk manusia yang fana ini selama 59 tahun dan saya pasti akan mencapai tujuan avatar ini, tidak syak lagi. Saya akan mengambil masa saya sendiri untuk menjalankan Rancangan saya setakat anda. Saya tidak boleh terburu-buru kerana anda bergegas.
Kadang-kadang saya boleh menunggu sehingga saya boleh mencapai sepuluh perkara pada satu pukulan, sama seperti enjin tidak digunakan untuk menarik salah satu jurulatih, tetapi menunggu sehingga pengangkutan yang mencukupi kadar kapasiti sedia. Tetapi Firman Saya tidak akan mengalami kerugian; ia mesti berlaku kerana saya akan.
Sathya Sai Baba meninggalkan badan fizikal beliau pada 24 April 2011. Ini tidak bercanggah dengan kenyataan beliau pada 29 September bahawa beliau akan berada dalam bentuk manusia untuk 59 tahun, tanda-tanda tidak ramai yang diiktiraf pada titik masa untuk hakikat bahawa Dia maksudkan tahun lunar (setahun lunar adalah 12 bulan lunar, dan sebulan lunar lebih pendek daripada bulan kalendar) dan bukannya tahun kalendar, sebagaimana yang dijelaskan pada laman web ini. Lanjut mengenai peristiwa Mahasamadhi-Nya (sedar meninggalkan badan fizikal oleh jiwa menyedari)





tapi yang `sedih`nya kan.... dia dah mati dah... sedih lahh sangat aku ni.... hahaha.... uih!! mulut celupar sangat aku ni.... kang tak pasal-pasal kena badi ke apa ke??? uih!! selisih malaikat aku tak nak weh.... maybe information ni tak cukup lagi kot.... kalau korang nak lebih info, korang search jer kat atok Google ker.... Youtube ker.... taib jer Sai Baba... bukan jer video Sai Baba yang hidup.... majlis pengkebumian dia pun korang boleh tengok weh.... kelazzz gitu.... hak3.... tengok sendiri ler naa.... happy surfing.....