Pages

Monday 26 September 2011

Rajin ke nak Puasa??

                      
depend dekat title post ni kan, memang tak ada benda lain le yang aku nak cerita kan. memandangkan kita yang beragama Islam ni baru sahaja nak masuk 2bulan habis menunaikan ibadah wajib bagi seseorang yang telah akil baligh kan. tapi kan, bak kata orang-orang zaman ni yang kononnya mengikut peredaran zaman ni dah semakin ramai yang tidak menunaikan puasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan tu. Ada yang dengan slumber gilerrr makan dan minum di tempat awam wehhh. Umat agama Islam tu. Saudara-saudara kita juga tu. Masalahnya, kalau budak-budak tu aku boleh faham lah kan. ni haa?? Orang-orang yang sihat walafiat dan memang confirm lah boleh puasa yang mentedarah depan orang ramai ni! Kadang-kadang aku fikir juga kan. Mereka-mereka ni tak rasa malu langsung ke kat budak-budak yang nak mula belajar untuk berpuasa tu erk? Tak takut atau segan ke korang kalau adik ataupun anak korang tanya kat korang `ayah tak puasa ke?, kenapa abang tak puasa hari ni?` uihhhh!!! kalau aku kena macam tu memang aku lari pusing satu rumah sebab malu punya pasal. Tak tahu lah korang boleh rileks-rileks lagi ke kan? Kadang-kadang aku fikir juga kan, apa susah sangat ke nak tahan perut korang tu daripada lapar. Sekejap je pun. Bukannya surh tak payah makan sampai satu hari suntuk pun. Maklum ler kan, dunia dah moden, bak kata orang `Apa barang puasa-puasa ni?` haa!! siapa-siapa yang terlibat tu kita tengok kat akhirat nanti korang boleh cakap tak ayat macam ni. `apa barang korang ni masuk syurga?` fikir-fikir le sendiri eh. Lagipun kan, banyak kelebihan le kalau korang berpuasa ni.

                   
KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN:

  • puasa menjanjikan syurga
  • selamatkan seseorang daripada dicampak ke dalam api neraka.
  • mengawal nafsu.
  • mendekatkan diri dengan Allah.
  • ada malam Lailatul Qadar.
  • syaitan-syaitan dibelenggu, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.
  • menjanjikan pengampunan dosa.
Bukan tu je tau. Kelebihan dari sudut kesihatan pulak:
  • boleh sembuhakn sistem-sistem dalam badan.
  • berlaku proses rejuvenasi/mempermuda.
  • ketajaman mental meningkat.
  • detoksifikasi.
Cool gilerrr kan? Lagipun kan, memang tak susah lah nak berpuasa ni. senang je. Lagipun kita ni sebagai orang dewasa haruslah tunjuk teladan yang baik kepada adik-adik dan anak-anak kita. Barulah mereka akan membesar dengan berlandaskan jalan yang benar. Kalau nak tambah pahala lagi, buat pula puasa sunat. Memang banyak lah pahala korang nanti kan. Tapi jangan terlalu leka nak puasa sunat sampai lupa tarikh-tarikh yang diharamkan bagi kita untuk berpuasa, iaitu:

  • Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban).
  • Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. 
  • Hari Haid dan Nifas.
  • Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban
Pesanan akhir dari aku, semoga puasa yang akan datang akan disambut dengan lebih bersemangat dan teratur. Anda Boleh Melakukannya!

No comments:

Post a Comment