Tuesday, 17 April 2012

budak budak sekolah



Teringat kejap aku sewaktu zaman sekolah dulu…
Haa!! Kebetulan kot tadi aku nampak budak sekolah menengah balik sekolah
Budak lelaki
Tengok dari atas sampai bawah badan budak tu, hurm~~~
Memang sah budak sekolah menengah!
Tapi satu benda yang buat aku nak ketawa.
SELUAR dia…
Haha, siapa yang tak rasa nak tergelak bila…
“Kau pakai seluar tight ke dik oii?”
Hadoi aii.. nak pergi sekolah ke pergi kelas renang?

Memang trend kot aku rasa…
Dari waktu aku sekolah menengah lagi dah start trend macam ni.
Aku ingatkan dunia dah makin moden ni
Tak adalah lagi fashion pelik ni…
Tapi, yang hadooo…

Waktu aku sekolah dulu,
Macam-macam jenis jahitan dia orang buat untuk kecikkan seluar tau.
Ada yang jahit sekali…
Ada yang jahit dua kali…
Ada yang terus jahit guna mesin jahit…
Tak lupa juga yang susah payah jahit pakai tangan…
Semuanya sebab takut cikgu kat sekolah tu suruh buka.
Tapi last-last kantoi jugak kan…?
Bila dah buka tu kang masing-masing muka bekerut je…
Tak cukup dengan tu,
Lipat pulak seluar tu biar tetap nampak kecik…
Memang kreatif kan korang ni?!
*siapa yang pernah lalui semua ni, faham lah maksud aku ni*

Kenapa korang tak terus pakai seluar tight je erk?
Kan senang, tak payah nak jahit-jahit susah payah kan…
Kesian doo tengok korang penat-penat jahit,
Lepas tu senang-senang je cikgu suruh buka kan…
Tak cukup dengan tu, denda kena sekali.
Ada yang kena pakai kain pelekat lah…
Ada yang kena rotan…
Macam-macam lah kan.

Lagi satu kan,
Aku paling kelakar bila yang pakai seluar kecik ni,
Seorang yang berbadan besar!!
MUAHAHAHAHAHAH!!!
Kaki dah lah besar!
Lepas tu kau jahit seluar tu biar kecik
Betul-betul ikut bentuk kaki tu!
Bak kata orang…
“MACAM BALUT NANGKA!!”
Memang betul lah tu kan?!
Kononnya…
Bila pakai seluar kecik ni baru skin…
Fashion pelik-pelik betul sekarang ni kan?!
Tapi aku tabik betul usaha korang…
Sanggup jahit banyak kali weh!!!
Bravo! Bravo! BRAVO!

Bazir tenaga dan bazir duit je korang ni tau?!
Cuba korang guna tenaga untuk jahit kecikkan seluar tu…
Tolong mak bapak korang ke kan…
Berfaedah! Plus dapat pahala wehh!!!
And cuba korang guna duit untuk jahit kecikkan seluar tu…
*kalau tak reti jahit sendiri kan korang hantar jahit kat kedai*
Beli aiskrim ke, makanan banyak-banyak…
Kenyang doo!! Sumpah kenyang!!!
Korang pun dah dewasa kan?!
Sekolah menengah tu maksudnya dah boleh fikir mana yang elok,
Dan mana yang salah kan. Akil baligh lah katakan…
Fikir sebelum bertindak!

By the way, walau apa fashion pelik pun.
Korang sekolah elok-elok…
Belajar pandai-pandai dan buktikan yang…
Kami tak salah menilai diri anda daripada fashion anda!
DON’T JUDGE A BOOK FROM IT’S COVER!

No comments:

Post a Comment