Thursday, 2 February 2012

you such a FOOL person!

Dah lama kan aku tak update blog aku ni, ini gara-gara line free yang tidak dibayar bill. haha, aku tahu guna jer.. ok, memang banyak lah sebenarnya point yang aku nak cerita sepatutnya. Tapi , line tiada pula kan. Hari ni moh kita menge-post di blog aku ni. Cerita dia macam ni.. Aku ni kan jenis orang yang suka memerhati hidup orang-orang yang di sekeliling aku ni, jadi aku perasanlah seorang rakan aku ni.. Dia bukan GAY bukan MATERIALISTIC and so on lah tapi dia ni macam ketinggalan sikit dengan perkembangan semasa yang sepatutnya seorang remaja perlu lalui maybe starting from secondary school I think. Bukan salah parents dia juga aku rasa kalau dia cakap yang parents dia ni such a islamic sebab Islam tetap mengajar anak-anak remaja supaya pandai untuk berinteraksi dan bersosial kan.. Tapi kawan aku yang sorang ni bila masuk Universiti ni aku tengok macam hilang arah pula. Bukan setakat hilang arah je dah ni, hilang sebab utama kenapa dia datang kat Universiti ni lah. Aku ni bukan lah nak menyibuk hal peribadi dia, tapi kalau aku rasa benda tu salah and aku rasa perlu ditong, inshaAllah aku akan tolong. Tapi kalau aku dah cakap banyak-banyak kali tapi kau masih sama je... memang I say goodbye to you lah beb! Aku fikir kau tu kawan aku je tahu? Kalau orang lain aku tak kisah lah dia nak tonggeng telentang terbalik macam mana pun. And lagi satu kebodohan budak ni adalah... kau cuba fikir sikit... patut ke dia jadikan budak yang over-social I mean yang playboy and yang over-enjoy (maksudnya yang enjoy lebih-lebih lah) sebagai kawan yang nak dijadikan ikutan? Apa kes mamat ni?? Are you insane man?? Kalau kau tak nak jadi macam tabligh (orang-orang yang kuat agama) tu pun sekurang-kurangnya jangan lah pilih jalan tu wahai kawanku.. Aku sedih bila tengok kawan aku rosak depan mata aku sendiri... Aku sedih bila tengok kawan aku tak berjaya sama-sama setelah apa yang kita lalui... Aku nak kita capai kejayaan tu sama-sama kawan.. Kalau kau masih tak boleh terima apa yang aku cakap ni pun, sekurang-kurangnya kau fikirlah perasaan parents kau yang sanggup menunggu 3tahun dengan harapan yang kau akan membawa segulung kertas yang sangat-sangat bermakna bagi mereka.. Setelah apa yang mereka dah korbankan, apa balasan yang kau bagi kat mereka? Kau fikirkannya matang-matang wahai kawan....

No comments:

Post a Comment