Pages

Wednesday 2 November 2011

arti kehidupan...


arti kehidupan manusia...

Ramai yang tertanya-tanya kenapa perpisahan itu perlu ada pada setiap insan yang bertemu....
Sebahagian besar yang menanyakan persoalan ini masih tidak menemui jawapannya....
Hal ini bukan kerana mereka tidak bijak tetapi hanya kerana mereka malas untuk berfikir....
itulah hakikatnya duniawi kini....
Manakala, bagi yang telah menemukan jawapannya,mereka  masih berpura-pura tidak mengerti....
Apa yang sangat diperlukan hanyalah satu, yakni kekuatan....
Kekuatan yang dimaksudkan bukanlah kekuatan untuk menentang musuh, namun....
Kekuatan untuk menerima hakikat bahawa perpisahan itu pasti terjadi di antara setiap insan yang diketemukan...
Itulah yang dinamai lumrah kehidupan....
Hidup yang tanpa cabaran dan juga pancaroba itu serupa hidup yang tiada artinya...
Manusia yang tidak berani untuk melalui ujian hidup adalah tidak layak untuk memijakkkan kakinya di bumi nyata ini....
Tiada arti bagi hidup yang kosong....
Serupa dengan Qarun yang tidak pernah untuk memikirkan untuk apa sebenarnya dia dihidupkan di dunia fana ini....
Tidak pernah coba untuk menerima cubaan daripada yang maha Esa...
Cubaan untuk bersyukur dengan apa yang diperoleh....
Perpisahan itu juga suatu ujian hidup yang amat besar bagi setiap insan yang bersemayam di muka bumi ini bagi satu jangka masa yang tidak pernah diketahui hingga bila akan dipinjamkan oleh yang maha Esa....
Kita harus bersyukur dengan perpisahan yang telah terjadi...
Ini bukan bermakna orang yang gembira dengan sesuatu perpisahan itu sangat menginginkan perpisahan ini terjadi....
Namun hakikatnya...
Perpisahan itu akan mendidik kita supaya menjadi insan yang kuat dan tegar!
Perpisahan yang berlaku adalah hanya buat seketika....
Ia bukanlah suatu perpisahan nyawa yang pasti akan menghambat jiwa dan raga kita sekiranya ia terjadi....
Apa pula hal yang bakal terjadi sekiranya berlakunya perpisahan nyawa di antara kita....
Mahukah kita tuk terus menemani sekujur tubuh kaku di dalam liang lahadnya....
Memang benar bahawa sengatan ujian Ilahi itu sangat menyakitkan, namun apabila kita dapat menghadapi dan menanganinya dengan rela... ia seolah-olah suntikan imunisasi yang menjadikan seseorang itu lali daripada sebarang kekecewaan pada masa kini dan akan datang...
Penguasaan akal atas nama kebijaksanaan dan keintelektualan akan sia-sia tanpa didasari keikhlasan dan kejujuran...
Bijak tanpa ikhlas akan terbabas dan ikhlas tanpa kebijaksanaan adalah satu kemujudan(sia-sia)...
Jika akal, makanannya ilmu. Maka hati, makanannya iman...
Setiap pengalaman adalah pengajaran. Pengalaman adalah pengajaran yang dapat dirasai. Setiap manusia mempunyai pengalaman yang tersendiri. Tetapi anehnya walaupun pengalaman itu berbeza, tetapi rasa daripada pengalaman itu dapat dirasai bersama....

Tersedar aku daripada kegelapan,
Terlerai belenggu yang mengikat,
Tersingkap segala hijab yang gelap,
Lalu kulihat alam dari mata hatiku,
Jalan yang jitu bukan yang palsu.

Oh... inilah cahaya dalam diri,
Yang selama ini kucari-cari,
Aku bangkit kembali,
Aku mula mengenali diri,
Lalu terpancar keindahan Ilahi.

Dalam kelam,suram masih ada hidayah,
Tuhan tidak melihat pada aksi dan seri wajah,
Tapi selagi punya hati yang masih sudi merintih,
Oleh dosa,oleh alpa.

Kiranya masih terpilih tidak tersisih,
Menjadi seorang hamba yang soleh lalu aku bangun,
Menuju jalan itu, jalan satu di ribuan liku.

Aku ada teman,
Aku ada Tuhan,
Di situ jalan cahaya,
Aku bangkit daripada gelita,
Melangkah satu demi satu dengan waja!

Ya Allah... uzlah(jauhkan) aku daripada kejahatan diri agar tidak menjangkiti orang lain. Qanaah(sedarkan) aku agar tidak hasad pada nikmat yang diberi kepada yang lain. Sabar aku dengan kerenah insan yang menjadi `bahan uji`Mu untuk mendidikku. Syukur aku pada nikmat yang ada tanpa mengenang apa yang tiada. Pemaaf aku pada kejahatan insan sebagai karma kejahatanku pada mereka...

Ya Allah, aku belum sampai tetapi sungguh... aku telah memulakan perjalanan. Walaupun susah sungguh, untuk pasrah padaMu, penuh seluruh! Lihat aku, kasihanilah aku... wahai   al-A`fu. Kupohon padaMu, cahaya hati...
Bila hati payah mengingati Allah
Bila hati tak syukur dengan kesenangan
Bila hati tak sabar dengan kesusahan
Bila kurang terkesan dengan peringatan
Bila cintakan diri lupakan kawan
Bila cenderung pada yang haram dan dosa
Suka menzalim dan menganiaya
Itulah patanda hati telah buta...

Paksalah hati mengingati Tuhan
Belajarlah syukur dengan apa yang ada
Hasil bersabar dengan apa yang tiada
Dekati sumur ilmu cedoklah titisan peringatan
Jauhi yang haram dan syubhat
Carilah bimbingan solihin yang terdekat
Bersahabatlah dengan orang yang baik
Pemurah,pemaaf dan bersedekah
Nescaya hati kan bercahaya semula...

Ingin kumelihat yang indah dan cantik
Sayangnya ketika segalanya sudah nyata
Aku jadi buta untuk melihatnya
Mata berselubung keindahan ilusi
Hati terlindung keindahan hakiki
Cahaya atas cahaya
Itulah cahaya yang di hati
Cahaya lindung cahaya
Itu cahaya yang dimata
Aku terkesima!



orang yang paling kuat ialah orang yang mengaku lemah di hadapan Allah dengan selalu berdoa kepadaNya. Orang yang kurang berdoa hakikatnya adalah sombong... seolah-olah terlalu kuat untuk berhadapan dengan pancaroba hidup ini tanpa bantuan Allah.
Hidup ini dimulakan dengan tangisan, dicelahi dengan tangisan dan diakhiri juga dengan tangisan...
Menangislah sepuas-puasnya hingga apabila terasa kesedihan sudah dipuncaknya. Namun selepas itu, alirkan peluh untuk memperbaiki atau mengubati realiti yang menyakitkan itu.
Jika tidak ada apa yang boleh menggembirakanmu, jika tidak ada apa yang boleh menyedihkanmu dan jika tidak ada apa lagi yang kau perjuangkan dalam hidup... itu petandanya kau sudah mati, zahirnya sahaja kau masih bernyawa, tetapi hakikatnya kau adalah mayat dalam keranda maya...
Hiduplah dalam lingkungan hari ini! Jangan bimbangkan yang jauh. Jangan tercemar oleh esok yang masih samar-samar. Tugas manusia bukan melihat apa yang terletak jauh dan masih kabur di hadapan,tetapi bertindak dengan apa yang ada dalam genggaman.
Masa lalu, adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan, adalah esok yang belum lahir tapi selamatkan hari ini. Hari ini yang terus hidup. Ramai orang yang terperangkap oleh tragedi yang berlaku masa lalu. Ramai juga yang bimbang oleh prasangka kesudahan masa hadapan.
Jangan dihimpit oleh kenangan masa lalu. Sebaik mengambil iktibar dan pengajaran, ayuh lupakannya. Jangan biarkan diri disengat oleh tragedi yang sama dua kali...pertama, ketika diri mengalaminya. Kedua, ketika hati mengenangnya.
Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup sebenar. Itulah ukiran Allah, itulah lukisan alam....
Setiap hari adalah penghidupan baru bagi orang bijak. Belajarlah melupakan kelmarin, usah khuatirkan hari esok dan berfikir serta bekerjalah untuk hari ini. Katakan pada diri, seolah-olah tidak ada esok bagimu. Lalu dengan rasa itulah kita bekerja tanpa bertangguh-tangguh. Tidak ada hari esok, tidak ada kata tangguh.
Mereka yang suka bertangguh bererti merisaukan masa depan. Jangan hancurkan potensi hari ini hanya kerana kekesalan masa lalu dan kebimbangan masa akan datang.
Kita di dunia ini umpama layang-layang  di langit takdir. Kita terbang tinggi, rendah, jauh, dekat hanya di lembayung iradahNya. Kita akan terbang selagi ada angin yang dibekalkan, selagi kertas tidak koyak, selagi rangka masih teguh. Tapi apabila tali sudah ditarik, turunlah dengan redha. Kita tidak berhak untuk terus `terbang` sekiranya maut menjemput pulang.
Kegagalan masa lalu adalah yuran kejayaan masa kini. Menyesal itu bebal, kesal itu bekal.
Hidup di dunia ini Cuma modal untuk hidup di akhirat.
Oleh itu, hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati. insyaAllah nanti kau akan terus hidup walaupun sesudah mati. Banyak yang kau buat akan terus hidup selepas mati. Hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat.
Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau takwanya melimpah. Bukan juga Umar Al-Khattab, yang  tega memukul diri walau sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiatul Adawiyah yang sentiasa berkata:” Sesungguhnya istighfarku memerlukan istighfar lagi”
Aku tidak mampu menangis kerana dosa. Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan rasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis? Ya Allah... kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan Ya Rabbi. Atau mohon aku diberi `hati` yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati Ya Allah.
Buat sahabat, teman dan kenalan... terima kasih di atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkanku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Kita akan temui semula sesuatu yang kita hilang di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik.                                                  “in life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning...”
Mudah-mudahan... ini adalah permulaan yang baik. Amin Ya Rabbulalamin...

Bila bersendirian
Jangan rasa kesepian
Walau tanpa teman
Kita tetap diperhatikan

Dalam gelap atau terang
Ada mata yang sentiasa jaga
Melihat perlakuan dan rasa
Mencatat dosa atau pahala

Bila bersendirian
Jangan katakan `aku sunyi`
Sebaliknya selalu bisikkan di dalam hati
Pada diriku sentiasa
Ada Pemerhati

Bila bersendirian
Teruji keikhlasan
Tanpa kejian atau pujian
Apakah terus ada kesetiaan
Berfikir dan berzikir
Dengan tulus kesunyian!

No comments:

Post a Comment