Pages

Wednesday 2 November 2011

suatu~~~





Kadangkala aku berfikir
Adakah diri ini sempurna?
Tika itulah hatiku menghentam mengatakan
Tak perlu fikirkan itu kerana hanya Allah yang layak menhakimi hambaNya

Tiba-tiba hatiku berbisik
Kenapa aku boleh jadi begini?
Kenapa aku tak jadi seperti yang lain?

Saat ini juga hatiku perit tidak terkira
Tanganku kaku
Hatiku membatu kerana soalan hatiku sendiri!

Hati yang satu lagi bagai ingin berteriak
`tolong jangan Tanya soalan itu lagi!`
Jeritannya umpama kelam
Aku tak berdaya, tak mampu
Aku tak tahu jawapan soalanmu itu wahai hatiku

Jawapannya begitu sukar untuk didapatkan
Terasa diriku ini jahil! Aku bodoh!
Aku benci akan diriku sendiri!

Tiba-tiba aku terdengar satu bisikan halus
Merdu sungguh bunyinya
Kehadirannya membuatku tenang

Aku tak hirau apa-apa lagi
Airmata yang gugur tika diherdik
Suara garau, kotor lagi keji tadi
Tiba-tiba berkilau

Suara merdu tadi berkata
`cukuplah wahai cucu Adam,
Cukuplah kau mendera hatimu,
Janganlah kau seksa jiwamu

Aku tahu kau telah berusaha,
Hanya masanya belum tiba,
Keringat usahamu itu tidak sia-sia

Allah itu tahu semua,
Allah tengok semua,
Tiada yang terkecuali

Biar apapun yang lain kata,
Hati itu setia bersamamu tiap waktu,
Hati ini yakin padamu

Cuma satu!
Hati ini perlu kau,
Bagi buktikan kau benar.


Percayalah!
Saat dan tikanya akan menyusul kelak.

Allah telah mengatur yang terbaik,
Yakinlah padaNya.
Kelak,
Angkatlah tanganmu acap kali,
Agar kau makin erat bersamaNya.

Ingatlah pesan hatimu ini diriku,
Pasti kau bias bias menempuhi badai yang menimpamu kelak,
inshaAllah...

No comments:

Post a Comment